Tuesday, January 13, 2009

asking stupid

Aku nak jadi hot. Aku nak jadi lawa. Aku tak tahu samada aku mampu mencapai matlamat ini sesampainya umur aku menjejah 25. Tak lama lagi tu. Dalam beberapa minggu lagi aku akan menghadapi krisis - iaitu krisis sindrom taknak mengaku sudah menjadi lebih tua dari sebelum ini.

Aku ingat lagi masa umur aku 14 tahun. Budak-budak kat kelas tanya kat balak waktu tu apsallah dia tu bebal sangat nak hook-up dengan aku. Kata mereka, tak berbaloi nak bercouple dengan perempuan buruk.

Memang buruk pun aku pada waktu tu. Ikat rambut style Olive Oyl. Muka berjerawat (masih berjerawat). Badan kurus sekerempeng. Jalan terkedek-kedek macam orang cacat yang kaki panjang sebelah, sebelah lagi pendek. Bila bercakap pun suara macam monotone je. Mata bagaikan mata ikan emas yang sudah mati.

Zaman remaja aku memang tak best.

Sekarang, lain sikit ceritanya - ada masa yang best dan ada masa yang tak. Rupa buruk... masih lagi kot. Tengok citarasa tuan-tuan sekalian. Perangai buruk pun macam tulah, makin hari makin menjadi-jadi.

Apa-apa jelah.

Aku tetap nak jadi hot. Aku nak jadi lawa.

Bila agaknya Fairy Godmother akan memunculkan diri?

(Ataupun bilalah masanya ku akan berkemampuan untuk membiayai kos operasi plastic surgery?)

2 comments:

Unknown said...

apekejadah

Marine Biologist said...

ahhhhh~
now i remember how u used to look like in school.
Tahniah!!
anda berjaya berbahasa melayu!!
Cikgu BM pasti bangga dgn anda!