Tuesday, November 25, 2008

Pole Dancing - The New Frontier

Majlis Fatwa Kebangsaan kata senaman yoga haram buat mereka yang Muslim. Tentunya ramai diantara penduduk-penduduk Malaysia yang membazir wang setiap bulan di pusat-pusat kesihatan (dengan tujuan hendak melangsingkan badan kononnya, tapi lepas sekian lama pun badan mereka tetap berupa seperti badan dugong) seperti di 'Kesihatan Selebriti', 'Kesihatan Sebenar' dan 'Kesihatan Pertama' yang berasa marah dan kecewa dengan keputusan majlis. Kata mereka, yoga is da best. Yoga memberikan fleksibiliti yang sebelumnya tidak dapat tercapai di kamar. Hebat! Sekarang nampak gayanya, dengan mempraktiskan yoga dalam kehidupan seharian, anda juga tentu dapat meniru gaya-gaya ajaib di dalam teks Hindu yang terkenal iaitu Kama Sutra.

Tetapi, fatwa tetaplah fatwa. Keputusan Pak Mufti memang tidak dapat diubah. (Tapi kalau engkau nak tunjukkan rasa tidak puas hati - telefonlah Talian Panas Surat Melayu. Kalau nak lagi drastik, kita memboikot Pak-pak Mufti di Malaysia, jangan kita 'selebret' Hari Raya Haji.)

Apa-apa hal pun, kalau engkau nak membunuh diri dengan menerjun ke dalam longkang besar pun aku tak kisah. (Hanya Surat Melayu saja yang akan kisah. Itu cerita sensasi woo.)

Tetapi sebelum engkau menerjun ke dalam longkang dengan membabi-buta, apa kata engkau cuba pole dancing dulu. Apa? Apa itu pole dancing? Bak kata dalam Bahasa Melayu (dan bukan Bahasa Malaysia, ya - let's be politically correct), tarian tiang.

Hah! Tarian tiang? Apa itu tarian tiang? Alah, kau tengoklah video clip Britney tu, yang ada adagen minah rambut 'blonde' itu berpaut pada satu tiang besi, macamlah beruk yang terpaut pada pokok pisang.

Hish, tak senonoh nampak, kata Makcik Esah. Apakah faedahnya nak menggesel-gesel badan pada tiang besi? Kalau Pak Kadir rumah sebelah nampak, mesti 'stim' jadinya. Orang tua tu sudahlah dah tua ganyut, miang pulak tu.

Tapi janganlah kita pedulikan kata-kata Makcik Esah, seorang wanita yang sudah ketinggalan zaman.

Kata pakar kemasyarakatan, Pole Dancing is The New Frontier. Pole dancing bukan sekadar mengeratkan hubungan silaturrahim dengan saudara terdekat kita, iaitu beruk, tetapi anda juga dapat membakar lemak dengan aksi-aksi yang penuh memberangsangkan. Kaedah senaman ini juga boleh diamalkan tanpa was-was kerana tiada unsur-unsur agama lain yang terlibat. Tiada perkataan seperti 'om' atau 'namaste' atau 'anyon haseyo' dilafazkan.

Apa yang anda perlu bimbangkan hanyalah mata liar Pak Kadir yang tinggal di rumah sebelah.

Oleh itu, marilah kita meninggalkan ajaran sesat yang bernama yoga dan marilah kita ber-pole dancing ke arah kemajuan negara Malaysia.

Malaysia Boleh!

2 comments:

Marine Biologist said...

wth??!!!
Is that u writing in malay??
hahahahah~

M said...

Ah, it's been a long time since I wrote in Malay. I think I'm just too talented.