Friday, May 22, 2009

doesn't it hurt?

Aku ni jenis yang cepat 'jealous'. Tak tahu nak sebut macam mana dalam Bahasa Malaysia (atau, adakah masih Bahasa Melayu?). Yang aku tahu, bukan jealous yang boleh disamakan dengan dengki tetapi lebih pada perasaan yang timbul apabila terasa yang 'standing' aku dengan lelaki itu, iaitu Pakcik Noel, seolah-olah tergugat.

Yalah, macam mana boleh tak? Kawan perempuan dia ramai. Yang cuba untuk mendapatkan perhatian dia, bahkan hatinya sekali, juga tentu tidak kurang walaupun dia selalu berlagak seperti tidak wujudnya perempuan sebegitu dalam hidupnya (bukankah aku juga salah seorang daripada mereka-mereka dan keluarga mereka?)

Bukan aku nak kata yang aku tak yakin dengan kata-kata pakcik tu. Aku bukan juga nak kata yang aku tak yakin dengan daya tarikan dan lain-lain keistimewaanku (wah, aku ni memang stok perasanlah).

Hakikatnya, pada suatu ketika dahulu, aku telah disisih oleh teman lelaki pertama untuk seorang perempuan yang sehingga hari ini, tak dapat ku lihat sedikit pun kebaikan. (Mungkinkah kerana buah dadanya lebih besar dari yang ku punyai pada ketika itu? Ah, bodohnya lelaki!)

Yang satu buku ni pula kata, lelaki suka variasi. Kalau hari ini dia nak yang kurus, esok dia nak yang gemuk. Kalau hari ini pakcik itu mahukan saya yang baik lagi comel lagi menarik, esok hari setelah bosan, dia pun akan terus melarikan diri ke perempuan bermulut tempayan yang bernama RR itu.

Aku pula, sudah ditambat. Tidak akan ke mana-mana lagi.

Perasaan sayang dan cinta, kadangkala seperti berputik tetapi belum lagi berbuah dengan sepenuhnya. Padaku, pakcik itu adalah seorang teman yang istimewa. Dialah kawan, rakan sepekerjaan, 'confidante', teman lelaki dan juga orang yang akan dibebel hari-hari sebab macam-macam hal yang remeh-temeh. Dia adalah seekor beruk pelik yang telah mempelajari sesuatu perkataan baru pada hari ini, iaitu 'kureng'.

Ah, tetiba teringat. Iri hati. Itulah perkataan yang saya tercari-cari tadi.

Tak tahu samada pakcik itu pernah merasai perasaan iri hati apabila aku bersama kawan-kawan lelaki yang lain. Saya akan terasa gembira sekiranya dia dapat berasa iri hati, walaupun sedikit sahaja.

No comments: